LAHORE, Pakistan 8 Mei – Satu letupan di makam sufi tertua dan paling popular mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 maut dan 24 cedera di timur Lahore, ketika bermulanya puasa hari ini.
Menurut pihak polis, siasatan masih dijalankan mengenai punca letupan yang berlaku berhampiran pintu masuk pelawat wanita ke Makam Data Darbar kurun ke-11 iaitu salah satu makam terbesar di Asia Selatan.
Makam itu telah menjadi sasaran pada 2010 dalam serangan bunuh diri yang mengorbankan lebih 40 orang dan ia dikawal dengan keselamatan ketat. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











