Lembu, kambing tumbang rai 14 petugas Malaysia - Utusan Malaysia

Lembu, kambing tumbang rai 14 petugas Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOMBOK 26 Mei – Seekor lembu dan seekor kambing ditumbangkan bagi meraikan 14 petugas Malaysia dalam majlis berbuka puasa yang meriah di Kampung Dusun Dasan Baru di Lombok Timur di sini petang tadi.

Petugas tersebut terdiri daripada ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) MyCare, wakil Pasaraya Econsave dan pihak media dari Johor yang terlibat dalam misi MyRamadan Gempa Bumi Lombok bermula semalam.

Kira-kira 400 penduduk setempat hadir memeriahkan majlis berbuka puasa tersebut melibatkan gotong-royong menyediakan masakan daripada semua peringkat usia termasuk warga emas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lembu dan kambing tersebut dimasak gulai serta rendang mengikut resipi tempatan sebelum dihidangkan kepada tetamu dan hadirin sebagai juadah pada waktu berbuka puasa pukul 6.10 petang.

Buka puasa di Lombok
PENDUDUK setempat memasak makanan secara gotong-royong untuk majlis berbuka puasa di Kampung Dusun Dasan Baru, Lombok Timur, Lombok, Indonesia, petang tadi. – UTUSAN ONLINE

Yang turut hadir Pengerusi MyCare Johor, Prof. Madya Dr. Mohd. Zin Kandar, Pengurus Besar Pasaraya Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran Adam, dan Ketua Kampung Dusun Dasan Baru, Suherman Urun.

Misi MyRamadan Gempa Bumi Lombok itu merupakan program penyerahan sumbangan wang tunai, makanan dan hadiah kepada penduduk di kawasan tersebut yang dilanda gempa bumi pada Julai tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini