LIPIS 17 Mei – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor kuda di Kilometer 89 Jalan Lipis- Merapoh di sini malam tadi.
Ketua Polis daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 9.40 malam itu berlaku ketika mangsa, Muhamad Shukri Che Aris, 22. dalam perjalanan dari arah Lipis ke Merapoh.
“Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai penunggang motosikal tidak nampak seekor kuda padi di atas jalan telah melanggar haiwan berkenaan.
“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala kuda berkenaan turut mati,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE











