Lelaki mati disengat lebah - Utusan Malaysia

Lelaki mati disengat lebah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT 12 Mei – Seorang lelaki meninggal dunia ketika mencari madu lebah di kawasan hutan berhampiran perkampungan Orang Asli Kampung Kenang dekat Jalong Tinggi, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.20 petang sewaktu mangsa berusia 30-an dan tiga lagi rakannya, telah siap bekerja dan sedang dalam perjalanan pulang.

Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba tumbang dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan hari ini mengesahkan punca kematian disebabkan mangsa alergi pada bisa sengatan lebah.

“Pada awalnya, kita mengesyaki mangsa meninggal dunia kerana sawan oleh sebab mangsa memang menghidap penyakit itu.

“Namun begitu, apabila dilakukan bedah siasat, kita dapati memang ada kesan sengatan lebah,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd Khaizam, mayat mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 10 malam dengan bantuan pihak bomba selepas terpaksa meredah sungai.

Tambah beliau, tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini