Lebih 159,000 veteran ATM terima ‘duit raya’ RM500 mulai 27 Mei - Utusan Malaysia

Lebih 159,000 veteran ATM terima ‘duit raya’ RM500 mulai 27 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 4 Mei – Seramai 159,368 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpencen dan tidak berpencen bakal menerima ‘duit raya’ berjumlah RM500 sebagai usaha berterusan kerajaan menjaga kebajikan golongan itu.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata,

pemberian khas yang melibatkan jumlah keseluruhan peruntukan RM79.68 juta itu mula dibayar pada 27 Mei ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, kelulusan itu adalah menerusi inisiatif Bantuan Harapan Negara (BHN) 2019 sebagai penghargaan kepada golongan vete­ran ATM yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah (B40) secara sekali bayar.

“Semoga dengan BHN 2019 ini dapat membantu veteran ATM dalam menghadapi cabaran kenaikan kos sara hidup masa ini dan meringankan beban bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada awal bulan depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada veteran ATM peringkat negeri di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali; Panglima Tentera Laut, Datuk Mohd. Reza Mohd. Sany dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Datuk Dzulkarnain Ahmad.

Pada majlis itu, lebih 300 veteran ATM termasuk dua daripadanya diwakili balu dan seorang orang kurang upaya (OKU) dianugerahkan pingat berkenaan selain penyampaian bantuan kewangan dalam bentuk cek bernilai RM90,700 kepada 19 persatuan veteran tentera. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini