Lebih 100 koleksi sempena Aidilfitri - Utusan Malaysia

Lebih 100 koleksi sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HABIB menyambut keterujaan Aidilfitri untuk kali ke-61 dengan kempen tahunannya, Rantaian Kasih. Kempen itu meraikan hubungan kekeluargaan dan persahabatan yang dipupuk dan dieratkan sepanjang musim perayaan ini.

Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat Habib, Yasheedah Yashaiya berkata, mereka yang selalu berkunjung ke Habib seorang diri akan mula membawa bersama orang tersayang termasuk anak-anak, ibu atau nenek untuk turut sama membeli barang kemas menjelang hari raya ini.

ROZITA CHE WAN dan anaknya, Aaisyah Dhia Rana memperagakan koleksi
ROZITA CHE WAN dan anaknya, Aaisyah Dhia Rana memperagakan koleksi barang kemas terbaharu daripada Habib. 

Menurutnya, ia merupakan satu momen yang sangat indah, apatah lagi pengunjung akan dimanjakan dengan lebih 100 koleksi pilihan antaranya, koleksi Swan Lake, #MyFirstDiamond, koleksi emas kuning dan emas rose 916/999, koleksi berlian eksklusif, koleksi mutiara South Sea, koleksi batu permata dan koleksi Aura yang terdiri daripada kalung labuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalung labuh ini cukup sesuai untuk mereka yang bertudung. Bagi lelaki pula, butang baju Melayu bertatahkan berlian dan batu permata pelbagai warna cukup menambat hati,” katanya dalam satu kenyataan.

Jenama terkenal barang kemas itu menzahirkan kelainan berbanding tahun-tahun sebelumnya menerusi perincian barang kemas berinspirasikan motif batik yang diberi nafas baru dengan unsur-unsur kontemporari. Selain itu, bagi menghargai warisan turun temurun nenek moyang, Habib mengangkat seni batik untuk kekal relevan seiring dengan trend 2019 yang mengetengahkan elemen batik.

Yasheedah berkata, koleksi emas 916 turut memperlihatkan banyak pilihan gelang tangan untuk kanak-kanak dan yang pastinya tidak kira peringkat umur dan jantina, si pemakai dapat bergaya sakan pada hari raya tahun ini.

Dalam pada itu, pelantikan pelakon terkenal, Rozita Che Wan sebagai duta jenama Habib sangat bertepatan kerana beliau sendiri merupakan pelanggan setia Habib sejak hampir dua dekad lalu.

Terkenal dengan nama panggilan Che Ta, katanya, pelakon itu merupakan pencinta barang kemas terutama berlian dan emas.

“Beliau bijak memadankan koleksi barang kemas dengan busananya. Beliau berpendapat, pelaburan emas paling menguntungkan. Malah, anak kesayangannya, Aaisyah Dhia Rana pun sudah mula menunjukkan minat walaupun masih kanak-kanak. Si cilik ini mempunyai cita rasa tersendiri dalam pemilihan barang kemas yang digayakan,” ujarnya.

Dalam satu perkembangan lain, Habib turut mengadakan aktiviti istimewa sepanjang Ramadan antaranya program Singgah Sahur, Zakat on Wheel dan iftar bersama anak-anak yatim Tunas Bakti, Sungai Besi.

Sempena Aidilfitri tahun ini, Habib menawarkan potongan sehingga RM15 segram untuk emas 916 dan 999 selain diskaun sehingga 70 peratus untuk barang kemas berlian dan batu permata terpilih. Habib juga menawarkan kadar tukar beli balik emas lama dengan kadar tertinggi sepanjang kempen berlangsung dari sekarang sehingga 4 Jun 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini