Lawatan mengejut KPN tinjau kebajikan anggota - Utusan Malaysia

Lawatan mengejut KPN tinjau kebajikan anggota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Jun – Ketua Polis Negara menjelaskan lawatan beliau ke beberapa balai polis sekitar ibu negara yang turut menjadi tular dalam media sosial baru-baru ini dibuat secara spontan untuk melihat sendiri kebajikan anggota dan pegawainya.

Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, itu merupakan antara aktiviti ‘turun padang’ setelah menerajui pasukan.

“Saya akan mengambil sebanyak mana peluang yang ada untuk meninjau kebajikan dan tugas mereka di lapangan. Tidak semestinya balai polis sahaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tindakan ini membolehkan saya berkomunikasi dengan anggota dan pegawai polis di lapangan sambil berpeluang bertanya mengenai kebajikan mereka,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara yang disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim di sini hari ini.

Ujar Abdul Hamid, dalam lawatan berkenaan, beliau turut menyaksikan sendiri balai serta rumah anggota polis yang usang dan perlu penambahbaikan segera.

“Saya perlu meninjau sendiri keadaan supaya dapat cukup maklumat seterusnya meyakinkan kerajaan yang kami memerlukan bajet tambahan untuk menambahbaik soal kebajikan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini