MIRI 9 Mei – Lapan penghuni termasuk seorang kanak-kanak perempuan daripada dua buah keluarga hilang tempat tinggal dalam kebakaran yang melibatkan dua buah rumah di Jalan Krokop 7 awal pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri dengan berlari keluar dari rumah dan menurut saksi, api marak di ruang tamu sebuah daripada rumah tersebut.
“Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan,” katanya.
Berita berkaitan:
Beliau berkata, bomba menerima panggilan pada pukul 2 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit selepas itu.
“Operasi memadam api tamat sepenuhnya pada pukul 4.48 pagi.
“Selain rumah, turut musnah dalam kebakaran tersebut ialah sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dan kereta Proton Saga.
Katanya, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA











