Lagi pemimpin PKR Sarawak kecam Fadillah - Utusan Malaysia

Lagi pemimpin PKR Sarawak kecam Fadillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU 8 Mei – Lebih ramai pemimpin Parti Keadilan (PKR) mengecam bekas menteri kerja raya Datuk Seri Fadillah Yusof yang mendakwa Pakatan Harapan (PH) akan menghapuskan kuasa autonomi imigresen sekiranya berkuasa di negeri itu.

Terbaharu pemimpin PKR Konawit dan Lanang yang meminta Fadillah supaya menghentikan tuduhan itu.

Pengerusi PKR Konawit George Chen meminta Fadillah yang juga Anggota Parliment Petra Jaya supaya meminta maaf kepada rakyat Sarawak kerana mengeluarkan keyataan yang mengelirukan dantidak berasas itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Fadillah dilaporkan sebagai berkata bahawa antara perkara pertama yang akan dilakukan oleh PH sekiranya mengambil alih kerajaan negeri pada pilihan raya negeri ke-12 nanti ialah menghapuskan kuasa autonomi imigresen dan Ordinan Perlombongan Minyak 1958,

Beliau membuat kenyataan itu ketika menutup seminar Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Santubong di Demak Laut, Kuching pada 5 Mei.

Chen berkata, tidak ada cara bagi PH untuk mengubah undang-undang negara dan kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya terbatas kepada negeri.

Beliau berkata autonomi imigresen termaktub dalam Artikel 5 MA63 dan tiada rakyat Sarawak yang waras atau sebarang parti politik yang mahu menyerahkan hak keemasan ini seperti yang dipersetujui oleh bapa pengasas negara ini.

“Sehingga dan melainkan jika Fadillah dapat membuktikan dengan fakta bahawa undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tidak melindungi kuasa autonomi imigresen Sarawak, dia harus menarik balik kenyataannya itu atau berisiko untuk dikenakan tindakan menghasut,” katanya kepada pemberita di sini.

Sehingga kini beberapa pemimpin PKR telah membuat laporan polis terhadap Fadilah ekoran kenyataannya iaitu dari Stampin, Baram and Hulu Rajang dan Pro Reformist 98 Sarawak. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini