SEOUL 17 Mei – Korea Utara kini berdepan dengan musim kemarau paling teruk dalam tempoh seabad, sekaligus memburukkan krisis kekurangan makanan di negara itu.
Pyongyang merekodkan jumlah hasil tuaian paling teruk dalam tempoh sedekad pada tahun lalu susulan bencana alam dan kekurangan kemudahan agrikultur untuk meningkatkan pengeluaran makanan.
Sehingga kelmarin, Korea Utara hanya menerima sebanyak 56.3 milimeter hujan atau salji iaitu paling rendah sejak 1917. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











