Koepka mendahului, sementara Wood bergelut di PGA - Utusan Malaysia

Koepka mendahului, sementara Wood bergelut di PGA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BETHPAGE, Amerika Syarikat – Tiger Woods mencatat double-bogey dalam lapan lubang pertama, hari ini, sementara juara bertahan, Brooks Koepka berkongsi kedudukan pendahulu setelah melakukan empat di bawah par pada Kejohanan Golf PGA.

Woods, yang masih segar dengan kejayaannya merangkul kejuaraan utama iaitu Kejohanan Masters, bulan lalu, selepas 11 tahun gagal berbuat demikian, membuka pertandingan dengan catatan double bogey di lubang ke-10 dan ke-17 pada pertandingan di Bethpage Black.

Koepka, yang beraksi di samping Woods dan juara Terbuka Britain, Francesco Molinari dalam kumpulan awal mempamerkan permainan cemerlang apabila melakukan birdie di lubang ke-10 serta ke-14 dan meneruskan rentak konsistennya itu di lubang ke-18 dan pertama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya benar-benar memanfaatkan peluang yang ada, minggu ini. Saya bermain dengan baik. Jika saya melakukan apa yang sepatutnya saya perlu pamerkan, maka saya berasakan amat sukar untuk lawan mengatasi saya,” kata Koepka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini