Ko-Makmur koperasi pertama keluar bar emas jenama sendiri - Utusan Malaysia

Ko-Makmur koperasi pertama keluar bar emas jenama sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 22 Mei – Koperasi Muafakat Makmur Berhad (Ko-Makmur) muncul sebagai koperasi pertama di negara ini yang menjalankan perniagaan kedai emas dan mengeluarkan bar emas 100 gram dan 50 gram jenama sendiri iaitu Makmur Gold.

Ia milik penuh bumiputera yang dikilangkan secara pengeluar produk tulen (OEM) dengan kerjasama Zikay Group.

Pengerusi Ko-Makmur, Hishamuddin Abdullah berkata, perniagaan utama koperasi berkenaan ialah menjalankan perniagaan badang kemas di samping memasarkan produk bar emas dan ‘wafer gold’ sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, akviti kedua ialah membeli surat pajak dan emas terpakai terutama dari Ar-Rahnu serta pajak gadai manakala perniagaan ketiga penyimpanan barang kemas atau bar emas menerusi Ar-Rahnu terpilih.

“Perniagaan kedai emas ini adalah yang pertama milik penuh koperasi di Malaysia dan

merupakan koperasi pertama mengeluarkan produk bar emas sendiri.

“Ko-Makmur terlibat secara menyeluruh dalam perniagaan emas yang mana pihak koperasi bertindak menjual barang kemas dan mengeluarkan bar emas 100 gram dan 50 gram selain ‘wafer gold’ (satu gram dan 0.5 gram) serta produk cenderamata berasaskan emas dan perak,” katanya dalam sidang akhbar di premis perniagaan koperasi tersebut di Lorong Tun Ismail 6, Sri Dagangan di sini semalam.

Menurut Hishamuddin, kelebihan bar emas Makmur Gold adalah disahkan tulen 100 peratus dengan kandungan emas 999.9, harga lebih rendah ditawarkan berbanding pasaran dan 100 peratus milik koperasi atau bumiputera.

Selain itu, katanya, bar emas dikeluarkan Ko-Makmur sesuai untuk pengumpul emas dan kilang-kilang emas, boleh ditempah secara dalam talian menerusi www.komakmur.comatau laman sosial Facebook Makmur Gold Official serta sebagai penyimpan nilai dan kalis inflasi.

Beliau berkata, sebagai sebuah koperasi baharu, pihaknya menetapkan hala tuju jangka masa panjang dan pendek untuk berdaya saing sekali gus membantu ahlinya.

“Kita merancang menjadi peneraju koperasi yang menjalankan perniagaan emas dan Ar-Rahnu dan mewujudkan jaringan usahawan emas berpengetahuan serta beretika di seluruh negara.

“Kita juga menyasarkan 30 cawangan Kedai Emas Makmur Gold menerusi konsep mentor-mentee dalam tempoh tiga tahun dan membuka lima buah Ar-Rahnu atau kedai emas dalam tempoh sama,” katanya.

Tambahnya, pihaknya merancang untuk membuka dua buah lagi Kedai Emas Makmur Gold yang dimiliki sepenuhnya oleh koperasi berkenaan dalam tempoh terdekat iaitu cawangan Kota Bharu di Kelantan pada bulan depan dan di Bandar Baru Bangi, Selangor pada November ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini