Kit Siang hilang prinsip politik - Gerakan - Utusan Malaysia

Kit Siang hilang prinsip politik – Gerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mei – Parti Gerakan kecewa dengan sikap Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang didakwa mahu ahli-ahli partinya tidak mengkritik secara terbuka antara satu sama lain demi memelihara perpaduan dalam Pakatan Harapan (PH).

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, keadaan tersebut berbeza semasa parti itu menjadi pembangkang apabila Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP membuat pelbagai kenyataan setiap kali pemimpin UMNO berbicara tentang isu sensitif.

Baginya, Kit Siang kini sudah kehilangan prinsip politik dan hanya berdiam diri terhadap sebarang ketidakadilan yang berlaku kepada bukan bumiputera.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata tentang penghapusan kuota matrikulasi diambil kira jika bumiputera tidak disisihkan ketika temuduga pekerjaan kerana tidak fasih berbahasa Mandarin, saya memuji beberapa pemimpin DAP sebab berani bersuara.

“Tetapi Kit Siang bukan hanya membisu, malah meminta yang lain juga senyap. Ini membuatkan saya kecewa,” dakwa Hoe Chai dalam kenyataan hari ini.

Kit Siang hari ini dilaporkan menggesa ahli-ahli PH menjaga disiplin bagi menghadapi sebarang usaha untuk mewujudkan pergeseran dalam gabungan itu.

Beliau turut mempersoalkan Kit Siang, jika PH mesti berdiam diri untuk mengekalkan perpaduan, mengapa pemimpin DAP itu sering mendesak Gerakan dan MCA supaya berunding semula dengan UMNO.

“DAP hari ini bukan sahaja parti politik tanpa kuasa dalam PH, malah kesemua pemimpin mereka termasuk yang memegang jawatan menteri dan timbalan menteri tidak berani berjuang untuk kepentingan rakyat.

“Saya mahu mengingatkan DAP bahawa mereka tidak akan mendapat kuasa politik tanpa sokongan 95 peratus pengundi Cina,” katanya.

Hoe Chai berkata, sebagai parti politik yang bersendirian, Gerakan akan terus berperanan sebagai semak dan imbang terhadap kerajaan PH dan mempertahankan kepentingan rakyat tanpa rasa takut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini