PASIR MAS – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu berjaya menahan lima lelaki dan merampas daun ketum seberat 787 kilogram (kg) dalam serbuan di Kampung Kedondong, di sini semalam. Serbuan yang dilakukan pada pukul 6.45 petang oleh anggota Unit Risik PGA Batalion 9 Kuala Terengganu turut menahan lima lelaki berusia antara 31 hingga 43 tahun yang dipercayai terlibat dalam pengedaran bahan terlarang tersebut. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, rampasan itu membabitkan nilai RM23,610. Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, anggota PGA Batalion 9 Kuala…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya