Kereta Timbalan Pendakwa Raya disimbah cat - Utusan Malaysia

Kereta Timbalan Pendakwa Raya disimbah cat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM 20 Mei – Kereta milik Timbalan Pendakwa Raya Mahkamah Majistret Baling disimbah cat putih dalam kejadian di pekarangan rumahnya di Taman Mutiara, Sungai Kob di Karangan di sini, hari ini.

Kejadian disedari mangsa berusia 26 tahun selepas dimaklumkan jirannya kira-kira pukul 5.30 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintenden Safuan Md. Noor berkata, sebaik sahaja mangsa keluar dari rumahnya mendapati kereta jenis Perodua Beza yang diletakkan di dalam pagar rumah dipenuhi cat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cat yang digunakan adalah warna putih dan jenis cat kapur yang boleh dibersihkan dengan air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, pihaknya masih menyiasat motif kejadian dan siasatan mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan hutang.

“Mangsa baru bertugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya kira-kira dua minggu di Baling dekat sini. Sebelum ini dia pernah bertugas selama dua bulan di Mahkamah Kulim,” ujarnya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini