KUALA LUMPUR 31 Mei – Kerajaan didesak supaya bertindak lebih tegas, fokus dan serius dalam menangani kes anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim yang terkorban dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, tahun lalu dengan lebih berkesan. Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad turut mempersoalkan tindakan Jabatan Peguam Negara dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang seolah-olah tidak bersungguh mencari penyelesaian adil. “Sedih dan kecewa. Itulah perasaan…










