(KEMASKINI) Malaysia akan terus menggunakan teknologi Huawei - Mahathir - Utusan Malaysia

(KEMASKINI) Malaysia akan terus menggunakan teknologi Huawei – Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 30 Mei – Malaysia tidak terancam dengan dakwaan pengintipan ke atas syarikat teknologi utama China, Huawei, dan akan terus menggunakan teknologi mereka seluas mungkin, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

“Kami terlalu kecil untuk menerima impak syarikat besar seperti Huawei, yang membuat penyelidakan jauh lebih besar daripada keseluruhan keupayaan penyelidikan Malaysia.

“Oleh itu, kami akan memanfaatkan teknologi mereka seluas mungkin. Ya, mungkin ada bentuk intipan, tapi apa yang nak diintip di Malaysia?” katanya pada sesi dialog pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia (Nikkei Conference) di sini pada Khamis

Memuatkan artikel berkaitan…

Dr. Mahathir tiba di Tokyo pada Rabu untuk lawatan kerja tiga hari.

Perdana Menteri berkata Malaysia mengamalkan pintu terbuka.

“Semua orang tahu jika mana-mana negara mahu menyerang Malaysia, mereka boleh lakukan, dan kita tidak menentangnya kerana ia membuang masa,” katanya berseloroh.

Pada sesi itu, beliau juga menggesa pentadbiran AS membuat konsesi membabitkan pertikaiannya dengan China, termasuk beberapa dakwaan mengenai aktiviti pengintipan oleh Huawei.

Perdana menteri juga memberi amaran bahawa kegagalan untuk berunding boleh membawa kedua-dua negara itu terlibat dalam konflik ketenteraan.

(Sebagai contoh), saya faham Huawei mempunyai kelebihan yang besar terhadap teknologi Amerika.

“Namun, jika anda mahukan situasi anda sentiasa berada di hadapan, atau jika anda tidak berada di hadapan, saya akan mengharamkan anda dan menghantar kapal perang ke negara anda, ini bukan persaingan, ini mengancam orang dan itu bukan pendekatan untuk digunakan,” katanya.

Semasa di Foreign Correspondents’ Club of Japan di Tokyo, Dr. Mahathir berkata: “Amerika nampaknya takut akan kemajuan yang dibuat oleh Huawei, dan mereka curiga bahawa Huawei mungkin dapat mengintip mereka.”

Mungkin ada alasan untuk dikecam, “tapi saya rasa itu bukan caranya. Anda harus bersaing dengan mereka dalam bidang yang anda kuat, “kata Perdana Menteri.

Dr. Mahathir juga berkata beliau yakin Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat misalnya, telah lama melaporkan segala-galanya yang berlaku di Malaysia dan China.

“Kami tidak memboikot Amerika kerana itu. Mereka (AS) mempunyai kapasiti (kemudian) dan sekarang Huawei mempunyai kemampuan untuk memajukannya.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini