Kekosongan empat pengarah akan diisi minggu ini - Utusan Malaysia

Kekosongan empat pengarah akan diisi minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 13 Mei – Kekosongan jawatan melibatkan pengarah Jabatan Cawangan Khas, Siasatan Jenayah, Komersial dan Narkotik Bukit Aman dijangka akan diisi dalam minggu ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador kepada pemberita di sini hari ini.

“Kita akan lantik (pemegang jawatan-jawatan itu) tidak lama lagi.. Dalam masa terdekat kita akan lantik. Dalam minggu ini,” katanya ringkas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ditanya sama ada keempat empat pelantikan itu akan dibuat serentak di majlis yang sama, beliau menjawab “Ya.”

Terdahulu, beliau hadir ke Majlis penyerahan Surat Pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ditanya berhubung laporan mengatakan anggota Cawangan Khas tidak akan dibenarkan ke mana-mana sidang media parti Parti Warisan Sabah (Warisan) tanpa sebarang undangan, Abdul Hamid berkata, kedatangan pihak polis dalam mana-mana majlis terbuka adalah semata-mata berkaitan soal keselamatan.

Sekiranya majlis itu dijalankan secara tertutup katanya, tidak ada keperluan bagi kehadiran anggota polis melainkan adanya permohonan.

“Saya tidak melihat sebarang masalah pun dalam isu ini. Ada berlaku kekeliruan dan kita tidak akan memanjangkannya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini