Karnival Bling Bling 2019 himpun selebriti tempatan - Utusan Malaysia

Karnival Bling Bling 2019 himpun selebriti tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Karnival Bling Bling 2019 anjuran syarikat hartanah, Glomac Bhd. (Glomac) dengan kerjasama Bumi Mmr Sdn. Bhd. yang diadakan selama empat hari sehingga Ahad ini bakal diserikan dengan kehadiran lebih 35 selebriti terkemuka tempatan.

Pengerusi Eksekutif Glomac, Tan Sri Mohamed Mansor Fatih Din berkata, karnival sempena kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi itu turut menyelitkan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung.

Katanya, antara artis terkemuka yang turut menyertai karnival yang diadakan buat kali pertama itu termasuk Amy Search, Wak Doyok dan Hafiz Hamidun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebenarnya idea ini tercetus dalam jangka masa singkat kerana Glomac tahu kita ada platform menerusi Kompleks Beli-Belah Glo Damansara ini.

“Melalui kerjasama dengan Bumi Mmr, kita berjaya dapatkan kira-kira 40 vendor menjual pelbagai kelengkapan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jika projek ini berjaya, tidak mustahil kita akan bekerjasama lagi bagi mengadakan festival seumpama ini,” katanya kepada pemberita hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini