LONDON 23 Mei – Maurizio Sarri berkeyakinan tinggi bahawa N’Golo Kante akan kembali cergas menjelang pertemuan menentang Arsenal dalam final Liga Europa.
Kante terlepas dalam dua perlawanan terakhir musim ini selepas cedera hamstring ketika menentang Watford pada awal bulan lalu telah menyertai kem latihan Chelsea di Cobham, semalam.
“Kami sedang berusaha untuk memastikan Kante pulih. Dia mengambil bahagian dalam latihan bersama pasukan jadi kami optimistik.
“Saya fikri dia akan main dalam final nanti.Antonio Rudiger tidak beraksi, begitu juga dengan Ruben Loftus-Cheek dan Callum Hudson-Odoi. Hanya Kante seorang saja kami boleh pulihkan, kata bos Chelsea, Sarri.
Gary Cahill yang sudah pun tamat kontrak dan bebas pada hujung musim ini turut menyertai latihan bersama rakan sepasukan.
Sarri boleh menyenaraikan 12 pemain gantian dalam aksi final di Baku. – AGENSI











