Kanak-kanak terperangkap dalam mesin basuh - Utusan Malaysia

Kanak-kanak terperangkap dalam mesin basuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik cemas apabila terperangkap di dalam mesin basuh automatik di sebuah kedai dobi di Jalan Susur Larkin Perdana 2, Taman Larkin Perdana di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.38 petang itu, mangsa berusia sembilan tahun berjaya diselamatkan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin.

Ketua Operasi BBP Larkin, Mohd. Kamil Zulkifle berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan bermain-main bersama beberapa lagi rakannya di dobi berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa memasuki mesin basuh automatik sendiri ketika bermain dengan rakannya sebelum salah seorang rakan mereka menutup pintu mesin basuh berkenaan.

“Panik dengan kejadian itu, rakan mangsa meninggalkannya sebelum dia disedari pengguna kedai dobi terbabit yang kebetulan mencuci pakaian di premis itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Kamil berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa dengan memotong kunci penutup mesin automatik terbabit. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini