Kanak-kanak maut motosikal dirempuh dari belakang - Utusan Malaysia

Kanak-kanak maut motosikal dirempuh dari belakang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN 17 Mei – Seorang kanak-kanak maut selepas motosikal yang ditunggang bersama bapanya dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 33 Jalan Temerloh-Bandar Jengka di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu menyaksikan mangsa, Muhammad Izzul Al Waiz Suhairy, 8, tercampak ke tengah jalan bersama bapanya akibat rempuhan kuat.

Ketua Polis daerah, Superintenden Norzamri Abd. Rahman berkata, semasa kejadian, mangsa dalam perjalanan ke arah Jengka dan kenderaan SUV juga ke arah sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu SUV mendakwa keadaan tempat kejadian berkabus dan gelap menyebabkannya terlanggar belakang motosikal yang berada di hadapannya.

“Akibat kemalangan tersebut, pembonceng motosikal meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal mengalami kecederaan parah,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera di rawat di hospital sama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini