YAN 26 Mei – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut disyaki didera oleh bapa tirinya dalam kejadian di sebuah rumah di Batu 19 3/4 Jalan Yan, Guar Chempedak di sini semalam. Mangsa, Muhammad Aqil Hairi Mohd. Azrul Epindi ditemui tidak sedarkan diri di bahagian dapur rumah oleh bapa tirinya yang juga suspek kes berkenaan kira-kira pukul 7.30 malam. Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, suspek…










