Kak Lin tangguh pengajian akibat derita kanser - Utusan Malaysia

Kak Lin tangguh pengajian akibat derita kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Seorang remaja terpaksa menangguhkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus, Jasin, Melaka di sini selepas kesihatannya semakin menurun akibat kanser buah pinggang tahap empat dialami sejak dua tahun lalu. 

Fildati Amalina Amir Shariffuddin, 19, atau mesra dipanggil Kak Lin merupakan penuntut semester kedua jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan kini hanya mampu mampu terbaring di katilnya.

Bapanya, Amir Shariffuddin Mohamed Shalan, 50, berkata, gejala awal penyakit Kak Lin itu bermula apabila tidak mampu meluruskan badan dan pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) di sini mendapati akibat apendiks.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, anak keempat daripada lapan beradik itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Teluk Intan.

“Beberapa bulan kemudian dia mengadu sakit sebelum menerima rawatan di Hospital Selayang dan disahkan menghidap penyakit kanser buah pinggang tahap empat.

“Kak Lin kemudiannya selamat menjalani pembedahan membuang buah pinggang yang rosak di Hospital Selayang, Julai dua tahun lalu,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini hari ini.

Amir Shariffuddin memberitahu, kesihatan anaknya itu mula merosot pada dua bulan lalu sehingga terpaksa ditahan di wad Hospital Selayang akibat masalah usus sempit dan bengkak kaki. 

Ujarnya, pihak hospital turut mengesan sel-sel kanser telah merebak ke tulang dan bahagian paru-paru.

“Kak Lin dibenarkan pulang dari hospital Sabtu lalu selepas terlantar selama dua bulan susulan doktor bertugas berjaya memasukkan alat membuka usus perutnya,” katanya yang merupakan penjual air.

Jelasnya, walaupun mendapat bantuan perubatan bulanan Lembaga Zakat Selangor (LZS) masih dianggap tidak mencukupi bagi menampung kos perjalanan sebanyak RM300 ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.

Justeru, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Amir Shariffuddin di talian 0192459245 / 0198125249 atau menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank miliknya 162094206827. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini