Kadar levi PLKS tahun ke 11 dikurangkan - Utusan Malaysia

Kadar levi PLKS tahun ke 11 dikurangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mei – Kadar levi pekerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tahun ke 11 bagi sektor Perkhidmatan, Pembinaan, Perkilangan, Perlombongan dan Kuari dikurangkan daripada RM10,000 kepada RM6,000 berkuat kuasa pada kelmarin.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, kadar levi bagi PLKS sektor perladangan dan pertanian pula akan dikurangkan daripada RM3,500 kepada RM2,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi PLKS yang tamat pada 29 April dan ke bawah, kadar levi kekal pada kadar RM10,000 dan RM3,500.

“Majikan perlu hadir sendiri bagi membuat lanjutan PLKS tahun ke 11 di Ibu pejabat Imigresen di Putrajaya bagi semenanjung Malaysia dan Ibu Pejabat Negeri bagi Sabah, Sarawak dan Labuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Khairul Dzaimee, pengurangan kadar levi PLKS bagi tahun ke 11 selaras dengan Perintah Fi (Pas Penggajian, Pas Lawatan Kerja Sementara) dan Pas Kerja) (Pindaan) 2019 yang telah diwartakan pada kelmarin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini