Jho Low akan tetap diburu - PM - Utusan Malaysia

Jho Low akan tetap diburu – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 6 Mei – Ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low akan tetap diburu meskipun berdepan kesukaran untuk mengesan lokasinya.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, terdapat banyak lagi wang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang hilang yang perlu didapatkan semula .

Malah menurutnya, terdapat bukti mendakwa Jho Low menggunakan wang berkenaan kepentingan peribadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Wang 1MDB yang kita dapat semula tidak banyak iaitu kurang daripada RM2 bilion. Dia (Jho Low) curi duit yang hilang dari 1MDB sebanyak RM42 bilion. Siapa simpan duit itu? Ada di mana? Ada bukti mendakwa Jho Low menggunakan duit itu untuk diri sendiri.

“Kita ada masalah untuk mengesan lokasi keberadaaannya tapi kita tetap akan buru dia,” katanya pada sidang media setahun pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Jho Low akan terus diburu walaupun kerajaan sudah mendapatkan semula sebahagian wang 1MDB termasuk menerusi penjualan kapal mewah Equanimity.

Minggu lalu, media melaporkan pihak berkuasa Amerika Syarikat melakukan persediaan memulangkan S$200 juta (RM828 juta) yang didakwa disalah guna daripada dana 1MDB, kata sumber.

Jumlah keseluruhan termasuk kira-kira AS$140 juta (RM579 juta) daripada penjualan saham Hotel Park Lane di New York dan kira-kira AS$60 juta (RM248 juta) lagi daripada penyelesaian yang dibayar oleh penerbit filem ‘Wolf of the Wall Street’, kata dua sumber yang enggan dinamakan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini