Japen anjur Kenduri Ramadan Edaran Bubur Lambuk - Utusan Malaysia

Japen anjur Kenduri Ramadan Edaran Bubur Lambuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mei – Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Japen WPKL) dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju menganjurkan Program Kenduri Ramadan Edaran Bubur Lambuk 2019 di pekarangan Madrasah As-Saadah, Seksyen 1, Wangsa Maju di sini hari ini.

Unit Perhubungan Awam, Jabatan Penerangan WPKL berkata, program itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial dalam mewujudkan semangat perpaduan antara kaum dengan sebanyak 1,800 bekas bubur lambuk diedarkan kepada penduduk setempat yang turut dibantu oleh sukarelawan Cina dan india.

“Seramai 70 orang terlibat dalam acara gotong-royong itu dengan sebanyak enam periuk bubur lambuk disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Balai Polis Wangsa Maju, Komuniti Harapan Malaysia, Majlis Perwakilan Penduduk, Kejiranan Rukun Tetangga, Ahli Jawatankuasa Masjid As-Saadah dan Pejabat ahli Parlimen sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi setiap periuk sebanyak 15 kilogram (kg) beras dan enam kg daging tetel serta bahan lain seperti daun pudina, ketumbar dan daun pandan digunakan. Program bermula seawal pukul 7.00 pagi bagi menyediakan bahan mentah itu sehinggalah proses pembungkusan dan edaran bubur lambuk dilakukan pada pukul 4.30 petang hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Program tersebut adalah kemuncak bagi Program Sepakat-Malaysiaku Harapanku yang diadakan pada 19 April lalu di AEON Alpha Angle, Wangsa Maju sempena menghayati konsep perpaduan dalam kalangan rakyat.

Pada masa sama, aktiviti sebegini juga merupakan medan terbaik untuk Jabatan Penerangan menerangkan isu semasa Tabung Haji yang mengundang banyak salah faham dalam kalangan masyarakat. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini