JOHOR BAHRU 1 Mei – Menggunakan alasan sakit perut dan terpaksa menginap di hotel – itu taktik dan rayuan seorang janda beranak dua minta dibebaskan apabila dicekup Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) ketika berkhalwat dengan pasangannya malam tadi. Wanita berusia 43 tahun ditahan bersama-sama pasangannya berusia 31 tahun dalam serbuan dilakukan pihak JAIJ di sebuah hotel di Teluk Danga di sini kira-kira pukul 11 malam. Bagaimanapun anggota dan pegawai penguat kuasa tidak mengendahkan alasan dan rayuan janda tersebut sebelum menahan pasangan berkenaan. Operasi pihak JAIJ itu dilakukan di hotel-hotel sekitar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya