INTERGRITI. Seramai 140 peserta yang terdiri daripada bakal perunding hartanah berdaftar menghadiri kursus persiapan profesional ejen hartanah berdaftar di Institut Penilaian Negara (Inspen), Putrajaya baru-baru ini.
Pengarah program, Norliana Ali Haidzir berkata, kursus bertajuk What’s Next? itu dianjurkan oleh Alumi Inspen bersama agensi hartanah iRealty Sdn. Bhd.
“Program yang diadakan bersama iRealty ini memberi pendedahan kepada peserta bagi mendalami integriti dan profesionalisme bidang berkenaan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Peserta turut diberi garis panduan sebagai persiapan sebelum melangkah ke dunia sebenar,” jelasnya.
Kurus bidang hartanah itu disampaikan oleh panel berpengalaman iaitu Ishak Ismail, Erman Taib dan Muhazrol Muhamad.











