Iran bakal menyaksikan kemusnahan secara rasmi - AS - Utusan Malaysia

Iran bakal menyaksikan kemusnahan secara rasmi – AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 20 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS) memberi amaran bahawa Iran akan menerima padah amat buruk jika republik Islam itu ‘bermain’ dengan kepentingan negara itu.

“Jika Iran mahu menyerang, itu adalah detik kemusnahan Iran secara rasminya. Jangan sekali-kali cuba mengancam Amerika Syarikat,” kata Trump dalam Twitternya, semalam.

Ketegangan antara AS dan Iran meningkat beberapa hari yang lalu serta menambah kebimbangan berhubung konflik AS-Iran selepas Washington mengerahkan pasukan petugas kapal pengangkutan pesawat dan pesawat pengebom B-52 ke rantau Teluk untuk menangkis komplot Tehran yang dijelaskan untuk menyerang sekutu atau tentera AS. -AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini