SHAH ALAM – Peguam yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan keluarga mangsa, Syazlin Mansor yang mengundur diri dipercayai akibat didesak pihak tertentu.
Difahamkan, Syazlin menerima sepucuk surat daripada satu pihak yang meminta peguam itu mengundurkan diri daripada meneruskan kes yang menjadi tumpuan negara itu baru-baru ini.
Menurut sumber, selain Syazlin, KPKT juga turut berdepan desakan sama daripada pihak berkenaan.
Difahamkan, antara isi kandungan surat itu adalah menyatakan bahawa Syazlin telah memalukan pihak pendakwaan dalam inkues itu.
Sehubungan itu, peguam itu memaklumkan kepada Koroner Rofiah Mohamad bahawa beliau menarik diri daripada meneruskan inkues ini hari ini. – K! ONLINE











