JAKARTA 22 Mei – Indonesia akan menyekat sebahagian daripada rangkaian media sosial di negara ini sebagai langkah untuk membendung penularan berita palsu susulan rusuhan yang berlaku di bandar raya ini.
Channel News Asia memetik Menteri Penyelaras Sektor Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Indonesia, Wiranto berkata, had penggunaan media sosial akan dihadkan bagi membendung lebih banyak penularan serta perkongsian berita atau maklumat yang tidak benar.
Setakat ini, sekurang-kurangnya enam orang maut dan lebih 200 cedera dalam insiden rusuhan di Jakarta pagi ini. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











