KUALA LUMPUR 31 Mei – Buat pertama kali, buka puasa membabitkan pelbagai agama dan bangsa dijalankan di Masjid Kampung Tunku, SS1 Petaling Jaya dekat sini hari ini. Majlis yang dinamakan Ramadan Muhibah itu menarik kira -kira 50 hadirin jemputan khas yang terdiri dalam kalangan pemimpin-pemimpin masjid kawasan sekitar Kampung Tunku serta beberapa buah rumah ibadat bukan Islam. Program ini juga menarik kehadiran pemimpin bukan Islam dari Tokong Fo Guang Sham…










