Hotel Seri Pacific rai 160 ibu tunggal, anak yatim - Utusan Malaysia

Hotel Seri Pacific rai 160 ibu tunggal, anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mei – Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur mengambil langkah proaktif sempena kehadiran bulan Ramadan dengan meraikan 160 ibu tunggal dan anak-anak yatim seluruh ibu negara dalam majlis berbuka puasa, hari ini.

Ahli Lembaga Pengarah Hotel Seri Pacific, Datuk Rozzana Rahmat memberitahu majlis berbuka puasa tahunan yang kali ketiga dianjurkan hotel terkemuka itu merupakan sebahagian aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) sepanjang bulan Ramadan.

Selain program buka puasa, kata Rozzana, Hotel Seri Pacific turut mengambil inisiatif membantu ibu tunggal meningkatkan pendapatan menerusi kempen jualan kuih raya di kawasan lobi hotel.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sempena bulan Ramadan ini, kami mahu berkongsi rezeki dengan ibu-ibu tunggal ini kerana kami sedar mereka ialah tunjang kekuatan sesebuah keluarga. Program malam ini juga merupakan untuk meraikan sambutan Hari Ibu Sedunia hari ini.

“Atas dasar itulah, kami dan Yayasan Ihsan Rakyat mengambil kesempatan bekerjasama dengan Persatuan Ehsan Wanita dan Anak-Anak Kuala Lumpur (Pewanida), Pertubuhan Kebajikan Al-Firdausi dan Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal Iman Kuala Lumpur (Witus) untuk program seumpama ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini