KEHIDUPAN diteruskan seperti biasa, namun saya tidak dapat menafikan sejak Januari sampai sekarang hidup saya sunyi dan senyap. Fokus saya sekarang bagaimana ingin meneruskan kehidupan tanpa seorang ayah. Itu antara luahan sayu penyanyi berbakat besar, Aizat Amdan selepas hampir lima bulan kehilangan ayah tercinta, Datuk Amdan Mat Din yang meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar pada 9 Januari lalu. Kehidupan harus diteruskan walau sepahit mana dugaan datang menimpa dan perkara…










