LONDON 24 Mei – Pegawai Eksekutif Kumpulan Bola Sepak Manchester City, Alberto Galassi menafikan spekulasi bahawa pengurus kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan, Pep Guardiola akan berhijrah menyertai Juventus.
Kata Galassi, berita berkenaan dianggap tidak tepat selain sukar diterima kerana Guardiola telah memaklumkan ingin terus berada di Stadium Etihad.
Sebelum ini media Itali melaporkan bahawa Juventus telah mencapai kata sepakat untuk mendapatkan Guardiola bagi menggantikan Massimiliano Allegri.
“Sebagai ahli lembaga pengarah Manchester City, saya sangat terkejut dengan berita berkenaan.
“Saya ingin menegaskan bahawa pengurus kami mahu kekal dan kontraknya masih ada dua tahun lagi.
“Saya juga amat pelik bagaimana mereka boleh mengeluarkan berita seperti itu terutama melibatkan kelab besar seperti Juventus,” katanya. – AGENSI











