KUALA LUMPUR 7 Mei – Aplikasi dalam talian, Grab menawarkan #PekSenangRaya melalui platform Grab yang menyediakan pelbagai diskaun dalam dan luar talian, rebat serta ganjaran bagi membolehkan individu beragama Islam menikmati Ramadan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan mudah, meriah dan lancar.
Ketua Pemasaran Negara Grab Malaysia, Iris Chang berkata, pelanggan boleh mendapatkan #PekSenangRaya pada harga RM2 bermula 7 Mei sehingga 17 Jun 2019 dan berpeluang menikmati tawaran bernilai sehingga RM600.
Katanya, antara diskaun ditawarkan termasuklah apabila pelanggan makan di restoran atau membuat pesanan melalui GrabFood daripada restoran kegemaran keluarga seperti Domino’s atau Baskin Robbins.
Selain itu, katanya, #PekSenangRaya turut menawarkan potongan harga bagi sebarang pesanan McDonald’s melalui GrabFood dan rebat 20 peratus apabila pelanggan membeli-belah di kedai FashionValet dan Poplook serta pelbagai tawaran lain.
“Grab turut memperkenalkan Widget bertemakan Ramadan dalam aplikasi mereka yang menyediakan waktu solat dan lokasi masjid berhampiran bagi membantu pelanggan beragama Islam memenuhi tuntutan agama.
“Kami amat berbesar hati kerana berpeluang bekerjasama dengan rakan-rakan nilai kami seperti The Alley, Baskin Robbins, Ben’s, Boat Noodle, The Body Shop, HealthLand, Klook, Laneige, Poplook dan Secret Recipe untuk menawarkan para pelanggan Grab satu kemudahan holistik dan mudah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambah Chang, kemudahan yang disediakan itu membolehkan pelanggan meluangkan masa lebih lama bersama insan tersayang dan pada masa sama membuat persediaan bagi musim perayaan.
“Ia bukan sahaja mampu menjimatkan masa dan wang dengan membuat tempahan keperluan, sama ada dalam mahupun luar talian, serta membuat pembayaran untuknya dengan mudah tetapi turut menawarkan pelbagai diskaun, rebat dan ganjaran menarik kepada pelanggan,” katanya.











