Gerakan tuntut Maszlee mohon maaf - Utusan Malaysia

Gerakan tuntut Maszlee mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Parti Gerakan mahu Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik segera memohon maaf kepada seluruh rakyat kerana mengaitkan isu kuota matrikulasi bukan bumiputera dengan isu syarat fasih bahasa Mandarin bagi mendapatkan pekerjaan.

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, kenyataan Maszlee adalah bersifat kepentingan politik semata-mata dan bukan menyatakan realiti sebenar.

Beliau memberitahu, ini kerana syarat fasih berbahasa Mandarin yang dikenakan majikan negara ini adalah merupakan keperluan dalam bidang pekerjaan yang ditawarkan pada waktu ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya hendak memberitahu bahawa syarikat atau kedai-kedai yang meminta pekerja-pekerja yang mesti fasih dalam bahasa Mandarin, ia adalah keperluan pekerjaan. Ia untuk keperluan pekerjaan yang lebih baik di syarikat itu.

“Ini adalah isu-isu pekerjaan, bukan isu kaum. Janganlah kaitkan dengan politik mengenai perkara itu. Kita minta menteri itu tarik balik kenyataan dan berbuat mohon maaf kepada seluruh rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Gerakan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Maszlee di hadapan penuntut-penuntut Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang semalam mengenai isu kuota matrikulasi bukan bumiputera dan keperluan fasih berbahasa Mandarin untuk memohon pekerjaan yang tidak boleh dilihat secara terpisah.

Jelas Maszlee, adalah sesuatu yang tidak adil sekiranya kuota matrikulasi untuk bukan bumiputera dilonggarkan dan pada masa sama para majikan masih menetapkan syarat perlu fasih berbahasa Mandarin untuk mendapatkan pekerjaan yang secara tidak langsung menafikan hak kaum bumiputera.

Katanya, keadilan bukan hanya dilihat dalam aspek kuota kaum untuk kemasukan program matrikulasi sahaja, tetapi juga kelayakan dalam memohon pekerjaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini