KUANTAN 3 Mei – Polis menumpaskan ‘Geng Panjang’ selepas menahan empat individu termasuk seorang wanita yang aktif melakukan jenayah samun dan ragut di sekitar bandar ini sejak Mac lalu. Kumpulan berkenaan melakukan jenayah samun dan ragut dengan menunggang motosikal serta menyasarkan mangsa yang berjalan berseorangan. Semasa melakukan samun, suspek menggunakan parang untuk mencederakan sasaran sebelum melarikan barang-barang berharga milik mangsa. Kumpulan berkenaan dikenali sebagai ‘Geng Panjang’ kerana gelaran ketua mereka…










