KUALA LUMPUR 10 Mei – Sebanyak 82 peratus dari keseluruhan 65 kawasan yang terjejas ekoran masalah gangguan air di Klang sejak Ahad lalu telah kembali pulih.
Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Abdul Raof Ahmad berkata, pihaknya sedang mempergiatkan segala usaha untuk mempercepatkan pemulihan bekalan di semua kawasan.
“Kami akan menggerakkan bantuan lori-lori tangki dengan tumpuan di kawasan yang masih belum pulih dan meneruskan operasi empat Pusat Khidmat Setempat (PKS),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Empat lokasi PKS itu adalah Masjid As-Saadah, Lingkaran Sultan AbduL Samad 2; Taman Rekreasi, Jalan Delima 8; Tapak tempat letak kereta Taman Rakyat, Jalan Tun Dr. Ismail dan berdekatan Aeon Big, Jalan Kapar. – UTUSAN ONLINE











