ALHAMDULILLAH, kita dijangka berpuasa Ramadan Isnin ini. Bagi orang beriman, Ramadan ditunggu-tunggu kedatangannya kerana ia bulan yang mulia dan mengandungi pelbagai keistimewaan. Kefarduan puasa adalah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (al-Baqarah: 183). Memang Ramadan datang setiap tahun. Namun, bukan semua kita direzekikan bertemu dengannya. Bagi yang dipanjangkan usia bertemu bulan mulia…










