Enrich, Radisson tawar lebih nilai - Utusan Malaysia

Enrich, Radisson tawar lebih nilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Enrich, program kesetiaan Malaysia Airlines bekerjasama dengan Radisson Hotel Group, menawarkan ahli lebih banyak ganjaran dan tawaran melalui program ‘point-conversion’ dengan Radisson Rewards.

Radisson Rewards adalah program kesetiaan Radisson Hotel Group, memberikan ahli pengalaman dipertingkatkan daripada sewaktu menempah hingga ke akhir proses.

Ketua Pengalaman Pelanggan dan Pegawai Pemasaran Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin May berkata, antara ganjaran termasuk ‘Member Only Rates’ dan berpeluang mendapat penginapan percuma di 1,100 portfolio Radisson Hotel Group seluruh dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ahli Enrich yang juga ahli Radisson Rewards boleh menukarkan mata Radisson Rewards kepada Enrich Miles,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini