PORT DICKSON 29 Mei – Sebanyak enam buah motosikal dan sebuah kereta hangus dalam kebakaran di sebuah rumah teres dekat Kuala Lukut di sini hari ini. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Hairul Izam Mazelan berkata, kesemua motosikal itu adalah jenis Honda C70 manakala kereta yang musnah ialah Ford Escort. Katanya, tidak ada orang di rumah tersebut ketika kejadian itu berlaku kira-kira pukul…










