DXC Technology, Sime Darby tanda tangani perjanjian penyumberan luar - Utusan Malaysia

DXC Technology, Sime Darby tanda tangani perjanjian penyumberan luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mei – Syarikat teknologi maklumat (IT) yang memberi perkhidmatan menyeluruh, DXC Technology memperluas kehadirannya di Asia dengan menandatangani perjanjian penyumberan luar bagi jangka panjang dengan Sime Darby Bhd.

Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar Penawaran DXC Technology, Edward Ho berkata, kedua-dua pihak bersetuju bahawa perjanjian itu akan meningkatkan perkhidmatan sumber manusia, kewangan dan perakaunan dan IT bagi seluruh perniagaan konglomerat Sime Darby.

Katanya, di bawah perjanjian itu, DXC akan mengambil alih Sime Darby Global Services Centre (SDGSC), penyedia perkhidmatan sumber manusia, kewangan dan perakaunan serta IT dalamannya.

“Kerjasama dengan Sime Darby ini akan mengukuhkan kedudukan DXC sebagai penggiat utama Perkhidmatan Pemproses Perniagaan (BPS) global, selari dengan objektif pertumbuhan strategik dan membantu memecut inovasi bagi pelanggan di Asia.

“Perjanjian perkhidmatan penyumberan luar bersama Sime Darby serta pengambilalihan SDGSC itu akan mendorong peralihan syarikat ke arah ekonomi digital,” katanya dalam kenyataan bersama hari ini.

SDGSC yang berpangkalan di sini, berpengetahuan luas mengenai pasaran merentasi Asia, Australia, New Zealand dan Eropah, selain benua Afrika dan akan disepadukan ke dalam BPS dan operasi penghantaran DXC Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN