TOKYO 8 Mei- Dua kanak-kanak maut apabila sebuah kereta merempuh sekumpulan pelajar tadika di rantau Shiga, barat Jepun di sini.
Polis dalam kenyataan berkata, kereta berkenaan melayang ke arah kanak-kanak terbabit selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan berat.
Seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan, masing-masing berumur dua tahun mati ditempat kejadian.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kereta itu merempuh 13 kanak-kanak dan tiga orang guru yang berada berdekatan,” katanya.
Polis dalam pada itu mengesahkan penahanan dua wanita berumur 52 dan 62 tahun yang merupakan pemandu kepada kedua-dua kenderaan berkaitan.- AFP











