KUALA TERENGGANU 30 Mei – Jambatan angkat atau ‘drawbridge’ akan dibuka kepada orang awam mulai pukul 7 pagi, pada Ahad ini. Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, semua jenis kenderaan beroda dibenarkan menggunakan jambatan itu sepanjang tempoh percubaan selama dua minggu dari 2 hingga 17 Jun. Bagaimanapun, katanya, orang ramai tidak dibenarkan bersiar-siar atau berjalan kaki di atas jambatan tersebut kerana secara teknikal mercu tanda baharu Terengganu itu masih dianggap sebagai kawasan pembinaan. “Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan syarikat operator pengurusan jambatan angkat akan memastikan aliran trafik berjalan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya