Dominasi Mercedes bakal berakhir di Monaco - Utusan Malaysia

Dominasi Mercedes bakal berakhir di Monaco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Bekas juara dunia Formula Satu (F1), Mika Hakkinen percaya bahawa pemandu Red Bull, Max Verstappen (Red Bull) dan Charles Leclerc daripada pasukan Ferrari bakal menamatkan dominasi Mercedes menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Monaco yang akan membuka tirai pada 26 Mei ini nanti.

Hakkinen yang pernah merangkul gelaran dunia dua tahun berturut-turut pada tahun 1998 dan 1999 ketika bersama pasukan McLaren percaya keada­an litar jalan raya di Monaco yang unik itu bakal menjejaskan peluang Mercedes untuk meraih kemena­ngan di sana.

“Perlumbaan di Monaco pasti berbeza jika ingin dibandingkan de­ngan saingan di Barcelona. Pada tahun lalu, pasukan Red Bull melakar kemenangan di Monaco dan pada tahun 2017 giliran Ferrari muncul juara. Saya yakin kedua-dua pa­sukan berkenaan mampu mencabar Mercedes di sana nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Verstappen adalah seorang lelaki yang mempunyai satu misi pada musim ini yang saya lihat mampu mengatasi Mercedes dan saya yakin kehadiran unit kuasa baharu dalam jentera Red Bull Honda mampu membuatkan mereka lebih laju berbanding musim lalu.

“Leclerc merupakan seorang lagi pelumba yang akan mencabar Mercedes. Pemandu muda Ferrari itu mampu menghadiahkan semula kejayaan podium kepada pasukannya.

“Ferrari mempunyai juara dunia empat kali, Sebastian Vettel. Dia meraih dua kemenangan di Monaco pada tahun 2011 dan 2017 dan kekal sebagai pesaing yang cemerlang,” kata Hakkinen.

Pada musim ini, Mercedes dilihat gagal dicabar apabila melakar kemena­ngan 1-2 buat kali kelima berturut-turut de­ngan Lewis Ha­milton memenangi tiga perlumbaan manakala pemandu keduanya, Valtteri Bottas mencatat dua kemenangan. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini