Doktor asing tidak daftar MMC boleh dikenakan tindakan - Utusan Malaysia

Doktor asing tidak daftar MMC boleh dikenakan tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 25 Mei – Pengamal perubatan warga asing perlu berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan memiliki sijil perakuan amalan perubatan sebelum dibenarkan untuk menawarkan perkhidmatan di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mereka yang gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan itu.

“Sekiranya mereka tidak berdaftar, tiada sijil amalan tahunan tetapi menawarkan perkhidmatan perubatan, mereka boleh dikenakan tindakan atas kesalahan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah sekiranya mereka mengedarkan ubat-ubatan yang bukan daripada doktor dan ahli farmasi, tindakan juga boleh diambil di bawah Akta Jualan Dadah yang boleh dikenakan denda sebanyak RM25,000 atau tiga tahun penjara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan sukan tahunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gunung Rapat di sini hari ini.

Boon Chye mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris semalam berhubung isu klinik dan farmasi haram dikesan beroperasi di ibu negara yang dikendalikan oleh pengamal perubatan warga Bangladesh.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini