Dasar pandang ke timur masih relevan - PM - Utusan Malaysia

Dasar pandang ke timur masih relevan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mei – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, dasar pandang ke timur yang diperkenalkan beliau sejak 1982 masih relevan hingga hari ini.

Kata Perdana Menteri, Jepun dan Korea Selatan merupakan dua negara yang begitu pesat membangun namun jauh lebih maju dalam beberapa bidang berbanding negara barat.

Katanya, resipi kejayaan dua negara itu bersandarkan kepada disiplin, kesetiaan kepada negara, keutamaan kepada kehidupan bermasyarakat, penekanan kepada kualiti dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai positif dalam kehidupan seharian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai contoh, pekerja di Jepun sangat teliti dalam melaksanakan tugas demi menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti tinggi.

“Rakyat Jepun juga mempunyai sifat malu yang amat tinggi. Mereka malu jika malas bekerja dan malu jika kerja yang mereka lakukan tidak menjadi,” katanya.

Beliau berucap demikian pada majlis pelancaran Malaysia Future Leaders School (MFLS) di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM), di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta timbalannya, Steven Sim Chee Keong. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini