Cuba jual minyak pelincir tiruan gagal - Utusan Malaysia

Cuba jual minyak pelincir tiruan gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 16 Mei – Cubaan sebuah syarikat pembekal di Kawasan Perindustrian Selatan, Senai menjual 4,524 botol minyak pelincir tiruan bernilai RM45,692.20 ke pasaran terbuka dengan harga lebih murah berbanding produk asal berjaya dipatahkan.

Syarikat berkenaan tidak sempat berbuat demikian apabila perbuatan itu dipatahkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri Johor dalam satu operasi pada pukul 11 pagi semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri Johor, Zubir Hamsa berkata, kejayaan itu adalah hasil risikan dan intipan selama seminggu selepas menerima laporan daripada pemilik cap dagang barangan terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil risikan dan maklumat diperolehi kita membuat serbuan di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Selatan, Senai dan ketika serbuan ada enam pekerja termasuk pengurus syarikat.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 377 kotak mengandungi 4,524 botol minyak pelincir 1 liter bernilai RM45,692.20 yang disyaki tiruan,” katanya dalam sidang akhbar di Stor Eksibit KPDNHEP negeri Johor, Senai dekat sini sebentar tadi.

Zubir berkata, minyak pelincir itu dipercayai dijual dengan harga lebih rendah kira-kira RM10 sebotol daripada produk asli yang dijual di pasaran.

Jelasnya, hasil keterangan yang diambil juga mendapati produk terbabit masih belum diedarkan kepada peruncit di pasaran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini